!! stress muncul lagi !!!






uhhhhh....

Lagi beberapa hari lagi exam akan bermula... stress pun dah muncul.. jerawat sana sini.. muka xberseri langsung... Nak kata baca buku gila-gila xpun.. saja suka buat teruk...

Aduhh... nak start dari mana xtau.. tengok orang lain best jaaa bertungkus lumus.. aku nie macam xmaw ambik exam jaaa pasaipa.... huhuhu... macam mana orang boleh baca buku tebal-tebal. Aku baca slide pun ngantok macam mana laaa nak baca buku macam orang lain...

apa laaa cara yang paling bagus untuk aku yang tak reti nak baca buku macam mana.... aduiiiii

STRESS!!!!

!! mAAfKAN sAYa !!!



Assalamualaikum....


                     Bukan senang untuk memuskan hati orang apatah lagi hati insan bernama 'manusia'. Manusia dilahirkan punya perasaan begitu jualah aku..
Aku juga mempunyai perasaan, aku juga punya hati.. Mengapa perlu memaksa jika kita sedar percintaan itu tidak boleh memaksa dan dipaksa.


               Mengapa kau memaksa aku menerima kau sedangkan kau tahu aku tidak mudah jatuh cinta. Bukan niat aku menolak cinta. Tapi aku berharap agar kau faham keadaan aku. Aku tidak mudah sewenang-wenang menerima orang yang aku tidak  cinta. Aku tidak mahu cinta atas simpati. Itu cinta palsu!!.


               Aku tau kau marahkan aku.. tapi aku dah xberupaya, maafkan aku. Kau memang lelaki yang baik. tapi perasaan ini tidak boleh menipu. Aku lebih senang kalau kita cuma berkawan. Bukan mudah menanam perasaan cinta kepada sesorang.


         Janganlah kau berdendam dengan aku atas benda yang sudah terjadi. Sahabat tetap Sahabat. 


        Sekali lagi aku nak memohon maaf.. Biar laa benda ni mengalir dengan izin Allah. Jika benar kau jodohku, kau tetap jodohku. jika kau bukan jodohku, sejauh mana kau mengejar kau tetap bukan jodohku. Aku mengharapkan agar kau mengerti  keadaan aku...

!! insan bernama ' IBU' !!




IBU, EMAK, MAMA UMI @ apa2 saja semuanya adalah sama.
semuanya adalah insan yang melahirkan dan menjaga kita dari kecil hingga besar. 
pengorbanan seorang ibu xkan mampu dibalas dengan apa sekalipun.
dibalas dengan nyawa sekalipun tidak tentu dapat membalas segala pengorbanan ibu yang selama ini mendidik dan mengasuh anaknya.


IBU,
aku ingin kau tahu, aku sangat merinduimu ibu,
tidak mampu aku hidup sendirian tanpamu ibu,


IBU,
setiap saat tanpamu,
hatiku sering gundah gulana,
aku sangat memerlukanmu.


IBU,
aku tahu,
aku sering menyakiti hatimu,
aku tahu aku selalu membuatmu kecewa.
aku tahu sikapku kadangkala membuatmu hampa.


IBU,
aku sangat menyayangi dirimu ibu.
dengan nama ALLAH,
aku sangat menyayangimu,
aku sangat memerlukanmu.
setiap saat aku perlukanmu.


IBU,
kau sentiasa berada disisiku,
saat susah dan senangku.
kau sentiasa ada untukku.


IBU,
maafkan aku jika aku banyak menghiris hatimu,
sesungguhnya hati kecil ini tidak berniat begitu.


IBU,
kau sering mendoakan yang terbaik untukku,
dalam diam kau sering mendoakan yang terbaik untukku,
tanpa aku sedari,
doamu menjadi penerang hariku,
doamu memberikan aku kekuatan.


IBU,
aku sangat memerlukan kasih sayangmu.
andai kau tahu wahai ibu,
hati kecil nie sentiasa ada namamu,


IBU,
aku sedar aku anak yang sangat degil,
namun sesungguhnya, 
aku tidak pernah lupa untuk mendoakan.


IBU,
aku mendoakan yang terbaik untukmu, 









!!CINTA SEBELUM BERKAHWIN..!!.


Cinta sebelum berkahwin telah menjadi gaya hidup zaman kini akibat pengaruh budaya luar. Cinta dalam Islam adalah sesuatu yang unik, suci, jujur dan amanah. Ianya tidak akan ada melainkan dengan ikatan perkahwinan yang sah. Islam mengajar umatnya supaya bercinta dalam bentuk yang sah dengan penuh jujur, amanah, menjaga maruah dan beradab. Semuanya tidak wujud dalam cinta sebelum berkahwin.

Daripada Ibn ‘Abbas katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Kami tidak melihat bagi dua orang yang berkasih sayang seperti perkahwinan. (Ibn Majah: no. 1847)

Jika ada cinta dan kasih di antara dua orang maka itu kasih itu tidak dapat menandingi hubungan perkahwinan yang didiri atas tuntutan syariat. Sebab itu, cinta tidak kena pada tempatnya dan sebelum masanya dikira sebagai penyakit kronik, kerana ia lari dari sifat dan cara asalnya. Sebelum menyintai seseorang atau sesuatu, hendaklah cinta dan kasih kepada Allah bertapak kemas dalam diri. Jika ini ada, maka seseorang tidak akan berani menyintai sesuatu yang tidak harus baginya.

Cinta sebelum berkahwin mengundang pelbagai kemungkinan. Titik permulaannya ialah dia terpesona dengan wanita. Inilah yang dinamakan fitnah. Apabila penyakit terpesona ini menimpa maka akan melarat kepada pertemuan, perbualan, bersunyian. Dari cara yang sederhana kepada yang lebih mesra. Daripada serius kepada senda gurau. Seterusnya dilitupi awan-awan khayalan. Walaupun pada asalnya dia mempunyai niat yang baik namun, niat yang baik tidak sekali-sekali mengharuskan sesuatu yang tidak harus.

Banyak batas-batas syariat yang dilanggar apabila terjerat dalam perangkap cinta:-

1 - Pandangan mata yang tidak dapat dikawal kerana terfitnah dan terpesona akibat panahan mata kekasih.

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah al-Nur: 30)

Pandangan mata wajib dijaga kerana banyak perkara dan juga masalah lain yang mengikutinya.

2 – Terpesona percakapan dan suara yang lunak

Apa yang selalu berlaku di kalangan pasangan bercinta ialah suka berbual sehingga dalam perkara yang tidak mendatang manfaat sama ada secara bersemuka, talian telefon mahupun internet. Perbualan bukan sekejap.

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah al-Ahzab: 32)

Walaupun perintah menjaga kata ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w. ia juga merangkumi ummatnya kerana mempunyai illah (sebab hukum yang sama, iaitu kata-kata yang manja dan lunak itu ada pada orang perempuan.

3 - Hati yang menyembunyi pelbagai perasaan

Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. (Surah Ghafir: 19)

Allah s.w.t. mengetahui persuatan seseorang mencuri pandangan kepada orang yang bukan mahramnya, dan perasaan jahat atau baik yang yang tersembunyi di dalamnya.



4 - Hawa nafsu bergelora dalam diri

Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya; (Surah al-Nur: 33)

Perintah Allah s.w.t. supaya menjaga kesucian diri dan mengawal hawa nafsu dengan cara menjaga pandangan, bersabar dan berpuasa.

Cinta sebelum berkahwin bukan satu jaminan kepada kebahagian akan datang. Alam percintaan adalah sesuatu yang tidak realistik, penuh khayalan dan mengelirukan. Sekian ramai pasangan yang dilamun cinta mendirikan rumah tetapi usia perkahwinan mereka lebih singkat daripada tempoh bercinta. Jika sudah terperangkap maka hendaklah menyegerakan perkahwinan kerana ia satu-satunya jalan pengubatannya.

Jika hati sudah terpesona kepada seseorang atau apabila sudah sampai seru untuk berkahwin, mintalah keluarga pergi untuk merisik calon. Ini lebih beradab dan bertanggungjawab daripada mengemukakan sendiri. Oleh kerana perkahwinan melibatkan banyak aspek kepentingan, tanggungjawab, persaudaraan dan kekeluargaan maka sewajibnya ia dimulakan dengan cara yang betul penuh ketaqwaan bukan terikut-ikut dengan budaya asing. Perkahwinan bukan hanya didirikan atas dasar cinta sahaja tetapi tanggungjawab dan juga amanah.